Sunday, August 30, 2009

Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan………
(SALAM RAMADHAN 1430)

Benarkah Kita Sudah Merdeka?

Dalam umur melangkah hampir setengah abad
kononnya masyarakat Islam Hadhari
aku masih dilanda persoalan:
benarkah kita sudah merdeka?

Dalam keracuan hiburan melampau
budaya songsang aksi Barat
arus sosial yang semakin hilang identiti
jatidiri yang semakin kalut
benarkah kita sudah merdeka?

Dalam menghadapi agenda anti-Islam
Kerakusan kumpulan Artikel 11
kemunafikan golongan Islam Liberal
melemahkan sistem Islam, mendaulatkan sekularisme
benarkah kita sudah merdeka?

Dalam menentang akidah songsang
kesesatan golongan misionaris
pemurtadan si perempuan Jawa itu
atas dasar songsang human rights, memartabatkan kekufuran
benarkah kita sudah merdeka?

Aduhai negaraku
tidak ghairah aku menyambut merdeka
selagi minda tidak dimerdekakan
dari Pluralisme, Liberalisme and Sekularisme!!!
(Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-52)

Q33 NY bukan peti surat la......


Q33 NY bukan peti surat la... yg tu WTC (menara berkembar) Cuba buat dan tengok... 1. Buka Microsoft Word anda. 2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC tu.. 3. tukar saiz font tu kepada saiz 48. 4. anda highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font Wingdings.. Apa yang anda nampak? Allahuakhbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannya ... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) .. kemudian ada lambang tengkorak dan lambang yahudi ....dah cuba dan memang betol..... SUBHANALLAH. ... Cubalah.....

SaBaR Itu InDaH

ISLAM sangat mementingkan pembinaan peribadi yang murni. Antara sikap atau nilai yang menjadi teras kepada keperibadian umat Islam yang sangat dituntut ialah bersikap sabar. Ini kerana sikap sabar itu adalah panduan yang dinyatakan sendiri dalam kehidupan Rasulullah s.a.w dalam menelusuri kehidupan dan kita sebagai pengikutnya wajar mengaplikasikan amalan sikap murni ini dalam segenap bidang yang diceburi.

Dalam kehidupan sehari-hari kita mungkin terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang sentiasa melingkari ruang masa dan tempat. Mungkin dalam sehari seseorang menempuh persoalan yang sangat rumit hingga membingungkan akal dan merungsingkan hati. Justeru, mereka yang tidak sabar dan cepat berputus asa pasti akan mengambil sikap terburu-buru tanpa memikirkan baik atau buruk, sama ada sesuai dengan kehendak agama atau tidak. Dalam keadaan itu, tindakan tanpa berfikir panjang atau sikap berputus asa akan menguasai diri.


Maka tidak hairan kebelakangan ini didapati kejadian cubaan membunuh diri semakin berleluasa. Inilah akibat kurangnya sifat sabar di atas sesuatu masalah atau cubaan hidup di dunia. Tetapi sebagai seorang Islam yang beriman, seseorang itu mesti melalui apa saja kejadian atau masalah yang dihadapi dengan bersikap tenang sambil berdoa dan berserah kepada Allah.
Dalam surah Al Syura ayat 43, Allah berfirman yang bermaksud, “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk perkara yang diutamakan.”

Di sini yang dimaksudkan dengan sikap bersabar ialah kesanggupan untuk menanggung segala perkara yang tidak disukai atau yang menyusahkan dirinya semata-mata takut kepada Allah dan mengharapkan pertolongan Allah.
Kata Nabi Daud a.s, “Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Salah satu daripada akhlakku ialah aku sangat sabar.” Legenda Perancis Napoleon Bonaparte ada menyatakan, “Orang perlu bersabar dan tenang tanpa tergesa-gesa dalam memikirkan sesuatu, tetapi perlu cepat dalam melaksanakannya.”

Hakikat yang tidak dapat dielakkan sebagai manusia, hidup di dunia sememangnya dihidangkan dengan landskap dan ekologi penghidupan yang penuh berliku. Mungkin pada satu-satu ketika kita ditimpa penyakit kronik yang memerlukan kaedah pengubatan lama dan menanggung kos tinggi. Dalam kes seperti ini, seseorang itu pasti mengeluh dan berkeluh-kesah dengan penyakit yang menimpa dirinya. Tetapi seseorang yang kuat iman akan menganggap ketika itu dia sedang diuji Allah dan bersedia untuk menghadapi keadaan itu dengan penuh reda sambil berikhtiar gigih untuk berubat.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud, “Wahai orang- orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwa kepada Allah”.

Sikap sabar itu dinyatakan berulang-ulang dalam al- Quran sebagai peringatan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa daripada pertolongan Allah. Kata Nabi Yusof a.s, “Sabar itu indah dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.”
Kepentingan sikap sabar itu diakui seorang tokoh Barat yang terkenal, Edmund Burke. Katanya, “Dengan kesabaran kita memperoleh hasil lebih daripada dengan kekuatan kita.” Manakala seorang lagi tokoh akademik Barat yang turut menyetujui pentingnya nilai sikap sabar ini ialah Arnold Glassow. Katanya, “Kunci semua hal adalah kesabaran, bukankah anda memperoleh anak ayam dengan jalan mengeram terlebih dulu dan bukan dengan memecahkannya.”

Sebenarnya apa saja masalah hidup yang menimpa manusia adalah kaedah Allah untuk menguji iman hamba-Nya sama ada tebal atau nipis iman itu. Mungkin dalam keadaan diri seseorang itu lapang, sihat dan kaya kekuatan iman itu sekadar di bibir, tetapi ketika ditimpa bencana dan masalah hidup kita akan dapat gambaran konkrit bagaimana sikap seseorang berdepan dengannya. Contohnya sakit.

Pada masa sihat kita mungkin lalai untuk mengingati Allah dan tidak menjaga serta menuruti segala yang diperintahkan atau yang dilarang. Kita hanya ikut apa saja kehendak hati dan nafsu dengan gaya hidup keterlaluan dan melampaui batas seperti gaya pemakanan tanpa berfikir baik atau buruk. Sebaliknya, apabila kita ditimpa penyakit kita ingat kepada Allah dan pada waktu inilah segala suruhan dan larangan-Nya kita ingat. Allah minta kita bersikap sederhana dalam segala hal, tetapi sebaliknya yang dilakukan. Hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah tidak pernah direnungi.

Justeru, jika kita sedang diuji dengan kesusahan, sama ada mungkin diserang penyakit, dibelenggu hutang yang banyak, kesusahan mengendalikan rumah tangga dan sebagainya, kita hendaklah sedar dan insaf bahawa bentuk ujian itu tidaklah seberat jika Allah uji dengan kesenangan, kekayaan dan kesihatan. Jadi, kita mesti bersabar dengan penuh reda dan yakin bahawa Allah pasti akan menolong untuk melepasi keadaan yang dialami.

Tetapi yang penting ialah seseorang itu mesti berikhtiar bersungguh-sungguh dan berdoa sepenuh hati dan bukan berserah diri bulat-bulat tanpa mengambil langkah pembetulan. Kata Shakespeare, seorang sasterawan Inggeris terkemuka, “Usaha yang anda mulai janganlah dihentikan sebelum merasai hasilnya.”
Kata pujangga, “Jika ditimpa musibah atau kesusahan bersuka rialah menjalani hari-hari yang terus berlalu kerana penggantian hari demi hari akan semakin mengurangi umur daripada kesusahan itu.

Kesusahan adalah satu rintangan umur seperti umur manusia yang tidak boleh kamu andaikan bilakah akan berakhir. Di sini dipetik kata-kata Dr Sidney Newton Bremer, seorang penulis dan motivator Barat, “Pelaut berpengalaman tahu dirinya bukanlah tandingan samudera. Tetapi, dia tahu mampu menakluki samudera. Dia tahu ada banyak batu karang dan arus, tetapi dia belayar mengelilinginya. Dengan penuh sabar dan sentiasa berikhtiar sedaya upaya akhirnya pelaut itu tercapai juga tujuannya.”

*Begitulah analogi mengenai orang yang sabar yang akhirnya berjaya menggapai segala misi dan visi dalam kehidupan.........