
PEMBUKTIAN JENAYAH HIRABAH
Para fuqaha bersependapat bahawa jenayah hirabah boleh dibuktikan di mahkamah samada melalui keterangan saksi atau pengakuan penjenayah sendiri setelah adanya pendakwaan yang sah. Ia tidak boleh dibuktikan melalui tulisan daripada kadi kepada kadi melalui sumpah disamping kadi melalui pengetahuan atau dengan sebab nukul (terdakwa enggan bersumpah setelah diminta oleh kadi). atau mereka yang menjadi mangsa jenayah, dengan syarat ia tidak menjadi saksi atas diri sendiri. Disyaratkan bahawa penyaksian dibuat di majlis kadi dan saksi hendaklah baligh, berakal, lelaki, boleh bertutur dan tidak terpaksa. Bukti pengakuan itu mestilah jelas dan bertepatan dengan hakikat yang sebenarnya dan tanpa sebarang keraguan yang boleh melepaskannya dari hukuman had.
HUKUMAN JENAYAH HIRABAH
Imam Shafi’e berpendapat bahawa hukuman adalah mengikut hukuman yang dilakukan jika membunuh, maka hendaklah dibunuh dan sekiranya mereka mengambil harta tanpa membunuh maka hendaklah dipotong tangan dan kaki dan sekiranya mereka mengganggu keamanan sahaja tanpa membunuh dan mengambil harta maka hendaklah dibuang negeri.
HUKUM TAUBAT OLEH PENJENAYAH HIRABAH
Penyamun yang telah bertaubat sebelum ditangkap tidak akan dikenakan ke atasnya hukuman hirabah. Sungguhpun begitu tidaklah bererti segala hak yang lain juga akan digugurkan, sebaliknya segala harta yang disamun wajib dihantar balik, dan dia akan dihukum qisas sekiranya dia telah membunuh atau mencederakan mana-mana orang semasa melakukan kesalahan tersebut. Sebagai bukti bahawa seorang penyamun itu telah bertaubat, cukup dengan dia menghantar balik segala barang yang disamun dan melahirkan rasa kesal dan dukacita atas apa yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
Oleh itu, di sini dapatlah disimpulkan bahawa jenayah merompak adalah jenayah yang berat dan diharamkan disisi Islam. Namun sebelum hukuman dikenakan, Islam menetapkan dasar dan syarat yang ketat supaya tidak menzalimi dan betul–betul adil. Jika mereka bertaubat selepas melakukan jenayah lalu mengubah kelakuannya, Allah akan mengampunkannya.
nice issue..
ReplyDeleteAssalamualaikum,tahniah kepada penulis kerana mencetuskan idea berkenaan dgn hirabah.Dengan adanya isu seumpama ini,pembaca-pembaca blog yg lain yg masih x mengenali istilah hirabah dapat mengambil manfaat dr artikel penulis.Tahniah sekali lagi.Jenayah Hirabah semakin bermaharajalela di negara kita.kita hendaklah berhati-hati di mana shj kita berada.semoga Allah menunjukkan apa yang terbaik untuk kita semua.
congrats.!! n alhamdulillah..dengan adanya blog ni sebanyak sedikit membantu saya menyiapkan prporsal syariah
ReplyDelete