Wednesday, October 21, 2009

Renungan Bersama.....



Perkataan "bye" merupakan jarum sulit org kristian ... dalam bahasa arab bermaksud fi haf zil baba yang yang membawa maksud "dibawah naungan paderi" nauzubillah.....


Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.' ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam....

Friday, October 16, 2009

konsep blog saya.....

Konsep blog yang saya ketengahkan di sini adalah “nurr irsyadee” yang membawa maksud “cahaya petunjukku”.Nur atau cahaya itu ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas baik dengan mata kepala (Nazariah) kita atau mata hati (Basariah). Ia adalah perlu untuk kehidupan manusia terutamanya dalam kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk daripada Allah s.w.t. Hakikat nur iaitu cahaya (petunjuk atau hidayah) dan lawannya adalah kegelapan. Sebagai seorang hamba Allah amatlah wajar untuk kita sama-sama menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama yang diredhaiNya dalam menuju kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Bertepatan dengan kalimah suci Allah s.w.t di dalam kitabNya surah al-Nahl ayat 125 yang mengajak manusia kepada jalan agama Tuhan yang sebenarnya sama ada melalui pendekatan hikmah (bijaksana),mau’izah hasanah(memberi pengajaran yang baik) dan bermujadalah(dialog)dengan baik…kerana untuk memperolehinya bukan mudah bagi seseorang, ianya penuh dengan ujian dan dugaan dariNya. Hanya berbekalkan kesabaran dan keimanan mampu untuk menempuhinya..Semoga apa yang disampaikan dapat kita hayati bersama..Renungilah..."Allah tak bagi apa yang kita mahukan…Tapi..Allah bagi kita apa yang kita perlukan.. "wallahua'lam...

DEMOKRASI BARAT VS ISLAM


Perkataan “demokrasi” berasal daripada perkataan Greek iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan). Keseluruhannya bermaksud kekuasaan rakyat dan merupakan juga satu bentuk kerajaan dimana kedaulatan pemerintahan itu terletak ditangan rakyat dan ditadbir oleh rakyat sendiri. Bagi demokrasi yang dibawa oleh Barat berlainan daripada konsep demokrasi yang diperkenalkan oleh Islam. Demokrasi Barat berpandukan akal semata-mata sedangkan demokrasi Islam berpandukan kepada wahyu Allah. Demokrasi Barat mengetengahkan konsep pemisahan antara agama dan negara. Urusan keagamaan tidak boleh dikaitkan dengan urusan kenegaraan atau keduniaan. Sebaliknya unsur demokrasi Islam menggabungkan agama dan negara sebagai pelengkap untuk kesejahteraan manusia.

Selain itu juga, demokrasi Barat didasarkan atas kedaulatan rakyat manakala demokrasi Islam kedaulatan itu berada pada Tuhan dan rakyat sebagai khalifah. Demokrasi Barat menjurus ke arah kekuasaan mutlak di mana kekuasaannya dijalankan secara bebas tetapi unsur demokrasi Islam lebih tertakluk kepada hukum Tuhan dan menjalankan pemerintahan sesuai dengan perintah dan ajaran Tuhan. Dalam pada itu, demokrasi Barat hanya menekankan kepada pembangunan fizikal sambil mengabaikan pembangunan kerohanian. Berbeza pula dengan demokrasi Islam yang menekankan kedua-dua pembangunan tersebut malah melebihkan pembangunan rohani. Hal ini disebabkan aspek rohanilah yang bakal memimpin kehidupan manusia untuk menjadi insan yang sempurna. Lebih jauh daripada itu, konsep memutuskan sesuatu keputusan demokrasi Barat hanya mengambil keputusan berdasarkan kepada pendapat majoriti iaitu pendapat dua pertiga. Manakala dalam Islam konsep pendapat ramai dan pendapat minoriti telah diguna pakai, asalkan pendapat yang diputuskan itu lebih menjurus kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, saya ingin menyatakan disini bahawa demokrasi yang diamalkan dikebanyakan negara dewasan ini bukanlah demokrasi yang tulen kerana di manakah terletaknya kekuasaan rakyat seperti pembentukan asalnya. Kebanyakan negara pada hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat. Apa yang jelas sekarang, kekuasaan hanya terletak ditangan pemerintah. Pada keseluruhannya, konseo demokrasi yang nampak wujud pada masa ini hanya terletak pada pilihan raya yang di adakan. Dalam keadaan sedemikian rakyat jelata turut terlibat sama untuk menentukan pemerintahan. Ini sahajalah unsur yang tinggal untuk menunjukkan sesebuah negara itu mengamalkan sistem demokrasi.....

Sunday, October 11, 2009

JENAYAH HIRABAH

Perkataan jenayah hirabah diertikan sebagai samun rompak. Di dalam sesetengah kitab fiqh diistilahkan dengan 'qat` al-tariq'. Fuqaha Shafie mentakrifkan rompak sebagai “keluar menzahirkan diri bagi tujuan mengambil harta, membunuh atau menakut-nakutkan secara kekerasan. Merompak merupakan jenayah berat menurut al Quran dan hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalil pensyariatan boleh dilihat pada surah Al-Maidah 5 : 33-34.


PEMBUKTIAN JENAYAH HIRABAH

Para fuqaha bersependapat bahawa jenayah hirabah boleh dibuktikan di mahkamah samada melalui keterangan saksi atau pengakuan penjenayah sendiri setelah adanya pendakwaan yang sah. Ia tidak boleh dibuktikan melalui tulisan daripada kadi kepada kadi melalui sumpah disamping kadi melalui pengetahuan atau dengan sebab nukul (terdakwa enggan bersumpah setelah diminta oleh kadi). Berhubung dengan bukti saksi, ulama tidak berbeza pendapat bahawa ia memerlukan dua orang saksi walaupun dari kalangan mereka yang melakukan jenayah itu sendiri atau mereka yang menjadi mangsa jenayah, dengan syarat ia tidak menjadi saksi atas diri sendiri. Disyaratkan bahawa penyaksian dibuat di majlis kadi dan saksi hendaklah baligh, berakal, lelaki, boleh bertutur dan tidak terpaksa. Bukti pengakuan itu mestilah jelas dan bertepatan dengan hakikat yang sebenarnya dan tanpa sebarang keraguan yang boleh melepaskannya dari hukuman had.


HUKUMAN JENAYAH HIRABAH

Imam Shafi’e berpendapat bahawa hukuman adalah mengikut hukuman yang dilakukan jika membunuh, maka hendaklah dibunuh dan sekiranya mereka mengambil harta tanpa membunuh maka hendaklah dipotong tangan dan kaki dan sekiranya mereka mengganggu keamanan sahaja tanpa membunuh dan mengambil harta maka hendaklah dibuang negeri.


HUKUM TAUBAT OLEH PENJENAYAH HIRABAH

Penyamun yang telah bertaubat sebelum ditangkap tidak akan dikenakan ke atasnya hukuman hirabah. Sungguhpun begitu tidaklah bererti segala hak yang lain juga akan digugurkan, sebaliknya segala harta yang disamun wajib dihantar balik, dan dia akan dihukum qisas sekiranya dia telah membunuh atau mencederakan mana-mana orang semasa melakukan kesalahan tersebut. Sebagai bukti bahawa seorang penyamun itu telah bertaubat, cukup dengan dia menghantar balik segala barang yang disamun dan melahirkan rasa kesal dan dukacita atas apa yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.


Oleh itu, di sini dapatlah disimpulkan bahawa jenayah merompak adalah jenayah yang berat dan diharamkan disisi Islam. Namun sebelum hukuman dikenakan, Islam menetapkan dasar dan syarat yang ketat supaya tidak menzalimi dan betul–betul adil. Jika mereka bertaubat selepas melakukan jenayah lalu mengubah kelakuannya, Allah akan mengampunkannya.