Monday, October 5, 2009

PERANCANGAN PIHAK MUSUH TERHADAP ISLAM TIADA PENGHUJUNGNYA


Musuh Islam sentiasa memberi gambaran buruk tentang Islam dengan menyerang al-Quran, al-Sunnah, peribadi Rasulullah SAW, sejarah, sistem hidup dan warisan Islam. Serangan ini ditujukan kepada semua manusia, Islam dan bukan Islam. Untuk orang Islam ianya bertujuan untuk memesongkan mereka dari petunjuk dan bimbingan agama ini, manakala untuk bukan Islam ianya bertujuan menghalang mereka dari mengenali Islam. Persoalannya bagaimanakah kita hendak memelihara pemuda-pemuda Islam daripada pemikiran yang sesat ini dan lebih tepat lagi kita katakan bahawa semenjak kuasa-kuasa barat menguasai umat Islam ini, mereka telah melakukan penjajahan dan ujian terhadap umat Islam dalam peperangan Salib serta kempen yang berterusan hingga berjaya membongkar kelemahan umat Islam bagi merealisasikan hasrat mereka dalam usaha untuk menguasai negara Islam.

Mereka tidak jemu untuk meneruskan usaha mereka dengan harapan untuk menyelewengkan fahaman Islam daripada nilai-nilai murninya serta mengetengahkan pula pelbagai tipu helah atas nama hiburan dan kemodenan dengan harapan mereka mencapai hasrat mereka yang utama iaitu menyeleweng umat Islam dan menjadikan mereka sentiasa tunduk kepada kuasa-kuasa Barat. Sejarah Islam diputar belit dan aspek-aspek negatif ditonjolkan supaya generasi selepasnya hanya mengetahui zaman-zaman gelap, ganas, derita , miskin, percakapran dan perebutan kuasa. Hasilnya generasi baru Islam akan cuba untuk mengelak dan melupakan sejarah Islam kerana malu dengan sejarah mereka.

Sekiranya sejarah Islam digambarkan dalam bentuk malap, berlumuran darah dan ganas, manakala sejarah Eropah pula dipersembahkan seperti mawar mewangi, berperikemanusiaan dan adil sudah pasti generasi baru Islam akan berpaling kepada sejarah Eropah kerana mendapai sejarah Eropah “bertoleransi dan berdaya maju”. Sejara Islam juga dicemarkan dalam setiap bentuk penerbitan dan media sementara sejarah Eropah diagungkan. Adalah amat malang kerana penguasa dan pengamal media seluruh dunia dikuasai oleh Zionis dan musuh Islam yang bergerak secara aktif, efektif dan berterusan sebagaimana kata Anwar al-Jawndi : “Sekarang ini mereka cuba untuk mencapai hasrat tersebut dengan dua cara. Pertama : melalui jalan pendidikan dan keduanya : melalui alat-alat hiburan seperti teater, wayang, radio dan televisyen.

Justeru, setiap individu muslim perlu merasakan diri mereka sama-sama bertanggungjawab dalam menangani isu-isu sebegini selari dengan saranan Rasulullah yang mahukan umatnya berbuat demikian menurut kadar kemampuan masing-masing dan bukan hanya menyerahkan kepada orang lain. Ini kerana musuh Islam dengan seluruh tenaga yang ada berganding bahu, bekerjasama dalam menjayakan cita-cita menjauhkan umat Islam daripada kawalan agama…Wallahu a’lam....

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    isu penulis sememangnya menarik.
    Istilah Kafirin, zionis serta musuh2 yg sentiasa mengambil kesempatan di dlm kesempitan terhadap umat islam perlu dilenyapkan. Ketidakpuashatian mereka mmg semenjak peperangan yang melibatkan umat islam dan glgan kafirin pd zaman Rasulullah lg. Akibat dendam yang xpernah padam, sehingga sekarang org2 yang dilaknati Allah ini sering membuat kekecohan di dunia. Semoga Allah melindungi Agama Islam serta umat yang taat terhadap ajaran Islam.

    ReplyDelete
  2. Salam ya huda...
    isu yang dikemukakan mungkin dapat membuka mata banyak pihak dalam melihat apakah motif-motif pihak yang menentang keamanan dunia seperti Zionis. Sukar untuk diperkatakan dan dituliskan di sini apakah kita ini mampu untuk menentang mereka dengan kemodenan yang ada pada zaman sekarang. Pada saya, sama-samalah kita berdoa atas kestabilan dan keseimbangan serta kesederhanaan umat Islam dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar teknologi yang semakin advance saban hari. Maaf sekiranya tersilap.. Wallahu 'alam..

    ReplyDelete