Monday, October 5, 2009

Sejarah Keagungan Seni Binaan Islam


Pernahkan sahabat-sahabat bercita-cita untuk menjadi arkitek? Ya, sahabat-sahabat. Arkitek sebenarnya adalah jurubina yang mencipta bentuk bangunan atau hiasan di dalam bangunan. Di dalam sejarah ketamadunan manusia, arkitek Islam amat dibanggakan kerana hasil ciptaan dan gaya seni binanya merangkumi gaya seni bina yang datang dari pelbagai pengaruh kebudayaan Islam. Mereka mempunyai kemahiran yang sangat tinggi tentang aspek binaan. Berbagai-bagai bentuk hiasan seni bina dibuat termasuk kubah, hiasan tulisan daripada ayat-ayat al-Quran dan juga seni khat dipamerkan pada binaan sama ada pada masjid, kubur, istana mahupun kota. Daripada empat jenis binaan ini, gaya seni bina Islam di kembangkan dan digunakan untuk bangunan-bangunan yang kurang penting seperti tempat mandi, air pancut dan gaya seni bina tempatan.

Sahabat-sahabat, objektif utama dalam seni bina Islam adalah untuk melahirkan rasa ketenangan, keharmonian dan kemanusiaan bukan untuk diagung-agungkan atau disembah. Seni bina Islam adalah satu pembangunan yang lahir daripada kreativiti pengukir bahawa apa yang ada didunia ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Ia berdasarkan sumber inspirasi daripada al-Quran dan dilahirkan dalam bentuk-bentuk geometri, kaligrafi dan warna. Reka bentuk ini melambangkan rasa syukur dan kagum akan kekuasaan Allah. Daya usaha seni kreatif ini perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.

Manakala antara prinsip seni binaan Islam pula ialah Islam melarang penggunaan bentuk manusia dan haiwan. Kehebatan seni bina Islam diakui oleh Barat dan mendapat penghargaan dari mereka. Mengikut ahli sejarah Jacques-Antoine Dulaure (1975-1835), ada arkitek-arkitek Islam ini yang diupah untuk membina bangunan-bangunan penting di Eropah. Tahukah sahabat-sahabat banyak daripada tempat-tempat menarik didunia yang masih kekal pada hari ini sebenarnya dibina oleh arkitek-arkitek Islam zaman dahulu. Contohnya:Masjid Agung Damsyik (670M). Istana Bani Umayyah di Miyata (744M), Masjid al-Azhar di Kairo (963M), Masjid Sultan Hasan di Mesir (1356-1363M), Masjid Ibnu Tulun iaitu masjid tertua di Mesir (879M) masih berdiri dan digunakan hingga sekarang. Ini bukan sahaja membuktikan tentang kecantikan seni bina mereka yang kekal hebat bahkan menunjukkan kepada kita bahawa hasil mutu binaan mereka juga hebat hingga kekal dan kukuh, mampu bertahan biarpun jauh ditelan zaman.

Tidak ketinggalan juga jika ada antara sahabat-sahabat yang pernah melancong ke luar negeri pasti sahabat-sahabat pernah melawat Aya Sophia di Istanbul (1453M), Istana Alhambra di Granada, Andalusia yang terkenal dengan taman-taman tergantung yang indah (1251M), Istana Giralda di Sevilla, Masjid Kurthubah di Sepanyol, Makam Taj Mahal di Agra, India yang dibina dari pualam putih bersih, berkilau-kilau dikelilingi oleh kolam-kolam yang hening. Sahabat-sahabat, tidakkah sahabat-sahabat merasa kagum dan bangga dengan pencapaian arkitek-arkitek Islam ini dan ingin menjadi seperti mereka???,,,,,,
>PENDIDIK< NOV-DIS 07


2 comments:

  1. Segalanya dari Allah...pemikiran manusia.
    Manusia yang mensyuki atau memanfaatkan ciptaan Allah akan sentiasa menggunakan akalnya utk memikirkan sesuatu unik tetapi diredhai oleh Allah. pembinaan seni bina yang indah seperti al-hamra, taj mahal, masjid-masjid di seluruh dunia yang mempunyai bentuk yg unik dan cantik menunjukkan indahnya ciptaan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  2. artikel yg sangat bermanfaat, terutamanya bagi pelajar2 jurusan architecture spt saya. Mintak izin copy dan sebarkan..

    ReplyDelete