Saturday, October 10, 2009

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT



Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar,pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus

ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang.

Waktu sujud pula,
seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan
tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita
memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan
memastikan kesihatan tubuh badan kita.


Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bagun lewat dari tidur malam. Apakah kebaikan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajut sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur??? Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat

tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain yang Allah Maha Mengetahui...


1 comment:

  1. salam...artikel yang mengandungi input yang menarik..Lihatlah kebesaran Allah s.w.t..dalam solat yang kita kerjakan dan tunaikan hari-hari itu ada rahsianya yang tersendiri.dalam solat juga, secara tidak langsung kita telah melakukan senaman otot dan ianya dapat menjaga kesihatan kita melalui solat...inilah dinamakan keajaiban dan keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada hamba-hambaNya..

    ReplyDelete