Wednesday, October 7, 2009

TAKUTKAN ANAK, BIAR BERTEMPAT


Menakut-nakutkan anak telah menjadi suatu budaya dalam masyarakat kita. Ini diwarisi secara turun-temurun. Malah memang diajar untuk takut pada sesuatu sejak kecil lagi. Hal ini disebabkan ibubapa yang tidak dapat mengagak apakah yang akan terjadi kepada anak-anak mereka jika tidak ditakutkan dengan perkara-perkara tertentu. Umumnya ibubapa hanya berfikir bagaimana caranya agar anak-anak tidak melakukan hal yang akan membahayakan diri mereka. Contohnya anak-anak dilarang menaiki tangga kerana takut mereka jatuh, dilarang bermain dengan pisau takut nanti mereka tercedera. Akibatnya kanak-kanak tersebut tidak merasai sendiri pengalaman dan risiko daripada tindakannya. Apalagi jika kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu menilai rasionalnya ibubapa mereka menakut-nakutkan mereka.

TAKUT KEPADA ALLAH, BENTENG PERBUATAN JAHAT.

Kita mungkin masih ingat sewaktu kecil dahulu kita telah diajar supaya tidak melakukan kesilapan kerana nanti akan ditangkap polis. Perasaan takut ini membuatkan kita gerun untuk melanggar peraturan jauh sekali melakukan jenayah. Namun agak menghairankan juga pada hari ini para remaja mahupun anak-anak yang masih dibangku sekolah ramai yang tidak takut pada hukuman. Pesalah juvana semakin bertambah dan jenayah oleh golongan dibawah umur berlaku dimana-mana bukan sahaja di sekolah malah juga di luar sekolah. Maka tibalah kini giliran anak-anak pula menakutkan ibubapa mereka dek kerana perbuatan jahat yang dilakukannya. Akibat tidak takukan polis dan hukuman atau tindakan undang-undang, mereka berani melakukan sebarang jenayah termasuk membunuh.

Asasnya semua yang berlaku ini disebabkan oleh ketiadaan sifat takut kepada Allah s.w.t. Kesilapan ibubapa daripada menanamkan sifat takut kepada Allah menjadi punca anak-anak ini tidak takut melakukan kesalahan dan dosa. Bila tiada perasaan takut pada Allah, maka seseorang itu tidak mustahil tidak takut akan sesiapa. Sedangkan hakikat iman yang sebenarnya yang harus tertanam di jiwa anak-anak ialah perasaan untuk tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah s.w.t. Inilah yang menjadi benteng daripada segala perbuatan jahat. Oleh itu, latihlah anak-anak untuk selalu bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan dan tidak pernah takut untuk menghadapi situasi apa pun. INGAT!!!mendidik anak untuk takut kepada Allah adalah benteng daripada segala ketakutan……Wallahua’lam…..

1 comment:

  1. Salam Huda.. Kaifa haluki? artikel yang di atas ini amat menarik. pada pandangan saya, dengan menerapkan unsur takut dalam didikan anak adalah satu langkah yang baik dan boleh dipraktikkan dalam membangun insan yang berakhlak, insya' Allah.. saya juga merasakan bahawa didikan dengan menakutkan anak-anak hendaklah diberitahu kepada mereka mengenai Allah adalah yang perlu paling ditakuti.
    Selain itu, unsur takut ini haruslah diselitkan dengan nilai hormat. hal ini kerana nilai hormat menghormati amat penting dalam didikan dengan cara menakutkan. sekiranya takut sahaja, mungkin tidak menimbulkan kesan yang mendalam tetapi dengan adanya nilai hormat akan memberi impak yang hebat. Kombinasi: TAKUT + HORMAT= IMPAK YANG MENGAGUMKAN. Insya' Allah. maafkan saya, sekiranya tersilap. berikan teguran ya, sekiranya da salah silap.

    ReplyDelete