Saturday, October 10, 2009

SENIBINA BAIT MUSLIM (KELUARGA ISLAM) MENURUT SIRAH RASULLLAH SAW

Usrah merupakan anak tangga dan unit penting untuk menegakkan masyarakat Islam yang unggul dalam penubuhan Daulah Islamiyah. Justeru individu yang soleh melahirkan keluarga yang soleh. Dalam bait muslim, Rasulullah SAW adalah qudwah hasanah dari segi tindak tanduknya sebagai seorang suami kepada isteri-isterinya, sebagai bapa kepada anak-anaknya dan sebagai pemimpin. Di dalamnya tergambar identiti dan ciri-ciri tersendiri bait muslim untuk dicontohi senibinanya.

Sabda Nabi Bermaksud:
“Apabila seseorang hamba itu telah berkahwin maka dia telah melengkapi separuh dari agamanya, bertaqwalah ia kepada Allah dalam hal yang separuh lagi.” (Baihaqi)

MATLAMAT PERKAHWINAN
Perkahwinan “menyatukan secara hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan” bukan semata-mata “pertemuan dua jasad”. Di antara tujuan perkahwinan adalah:
1) Menghasilkan rohani yang suci ibadah dan pengabdian diri kepada Allah
2) Meningkatkan darjat dan menetapkan pendirian
3) Melatih diri sebagai pentadbir keluarga
4) Membentuk budi pekerti
5) Mengeratkan hubungan masyarakat
6) Memelihara kesihatan
7) Menyumbangkan kekuatan politik Islam.
Muhammad Rashid Ridha dalam menafsirkan firman Allah SWT:

Bermaksud:“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(ar Rum:21)

CRI-CIRI DAN IDENTITI BAIT MUSLIM

1) Rumahtangga yang teguh, kukuh dan damai, ahli-ahlinya berpendidikan Islam:
Rumahtangga muslim mesti patuh kepada perintah Allah dan semua wasiat Rasulullah SAW dalam melaksanakan pendidikan keluarga Islam. Jelasnya pendidikan tersebut harus berasaskan contoh daripada perjalanan hidup orang soleh yang kerap diceritakan dan diteladani. Oleh itu semestinya sebuah perpustakaan wujud di sebuah rumahtangga muslim. Perpustakaan ini hendaklah dimanfaatkan oleh ahli rumah. Perpustakaan tersebut diisi dengan tafsir al Quran, Sirah Nabi, hadis hukum fiqh Islam, Tarikh Islam dan adab-adab Islam.

2) Rumahtangga yang sentiasa suci,bersih dan selesa

Sabda Rasulullah SAW:
ان الله طيب نظيف يحب النظافة، كريم يحب الكريم جواد يحب الجواد
فنظفوا افتيكم ولا تشبهوا با ليهودز
Maksudnya: “Di antara seutama-utama ciri seorang muslim pada diri, rumahtangga dan kawasan sekitar rumahtangganya adalah kebersihan serta kesucian zahir batin.” Demi mencapai kebersihan dan kesucian diri, Islam menuntut penganutnya agar sentiasa di dalam keadaan menjaga kesucian jasad, pakaian dan tempat tinggalnya (termasuk perkakas dan halaman rumah). Sabda RasulullahSAW:

لا تتشبهوا باليهود كانوا يضعون الأكب ( القامة) فى افنية بيتهم

Maksudnya: “Jangan kamu menyerupai orang Yahudi; mereka itu meletakkan longgokan sampah sarap di halaman rumah mereka.”

3) Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat

Setiap ahli rumahtangga muslim amat bimbang kepada perkara-perkara haram sepertimana takutnya seorang kepada ular bisa. Isteri sentiasa mengingatkan suaminya supaya jangan mencari rezeki yang haram untuknya dan anak-anaknya sebesar biji sawi sekalipun atau mereka terpaksa mengikat perut kerana kelaparan. Seorang isteri hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang ada supaya tidak membebankan suami. Sesungguhnya perkara syubhat dan haram adalah suatu perasaan beragama yang sebenarnya dan suatu keyakinan terhadap hari pembalasan.

4) Penjagaan sembahyang:

Mereka meninggalkan sembahyang tanpa uzur syarie’ adalah tidak dibenarkan tinggal di dalam rumahtangga muslim. Manakala kanak-kanak dipukul. Sabda Rasulullah SAW:

مرو أولادكم باالصلاة وهم ابنا سيع سنين وأضربوهم عليها وهم أبنا عشر، وفوقوا فى المضاجع
Maksudnya: “Suruhlah anak kamu mendirikan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan pukullah dia ketika berumur 10 tahun dan pishakan mereka di tempat tidur.”
(Riwayat Abu Daud)

Sembahyang merupakan proses pembersihan diri ataupun muhasabah. Seseorang itu akan meminta ampun atas setiap kesalahan dan maksiat yang dilakukannya dan cuba membuangnya seberapa segera. Dengan ini bersihlah masyarakat, tanpa undang-undang yang diawasi oleh polis dan pencegah maksiat.

5) Kebijaksanaan mentadbir rumahtangga

Muslimah wajar memiliki pengetahuan yang luas dan mencukupi dalam pentadbiran rumahtangga selain daripada pengetahuan agamanya. Selain itu seorang muslimah seharusnya mahir serba sedikit tentang ilmu jiwa dan pertolongan cemas serta kraftangan. Dia juga haruslah memelihara keutuhan ekonomi keluarga dan menyakini bahawa harta yang berada di dalam tangannya itu adalah harta Allah yang diamanahkan melalui suaminya. Maka dia tidak seharusnya membelanjakan harta tersebut dengan boros dan membazir melainkan sekadar yang mencukupi sahaja

Oleh itu, bermula dari membina Bait Muslim yang hakiki dan dengan mengetahui matlamat dan ciri-ciri yang dituntut oleh Islam akan melahirkan suatu suasana kehidupan Islam yang syumul, dari Daulah Syugro ini hinggalah kepada menegak Daulah Islamiah kerana Bait Muslim adalah anak tangga ke arah pembinaan Daulah Islamiah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    pembinaan ummah pertama adalah bermula drpd pembinaan keluarga.Oleh yg demikian, pendidikan keluarga hendaklah diutamakan.Pendidikan itu juga adalah berlandaskan kepada Islam supaya manusia x tersesat.waallahualam...

    ReplyDelete