Friday, October 16, 2009

DEMOKRASI BARAT VS ISLAM


Perkataan “demokrasi” berasal daripada perkataan Greek iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan). Keseluruhannya bermaksud kekuasaan rakyat dan merupakan juga satu bentuk kerajaan dimana kedaulatan pemerintahan itu terletak ditangan rakyat dan ditadbir oleh rakyat sendiri. Bagi demokrasi yang dibawa oleh Barat berlainan daripada konsep demokrasi yang diperkenalkan oleh Islam. Demokrasi Barat berpandukan akal semata-mata sedangkan demokrasi Islam berpandukan kepada wahyu Allah. Demokrasi Barat mengetengahkan konsep pemisahan antara agama dan negara. Urusan keagamaan tidak boleh dikaitkan dengan urusan kenegaraan atau keduniaan. Sebaliknya unsur demokrasi Islam menggabungkan agama dan negara sebagai pelengkap untuk kesejahteraan manusia.

Selain itu juga, demokrasi Barat didasarkan atas kedaulatan rakyat manakala demokrasi Islam kedaulatan itu berada pada Tuhan dan rakyat sebagai khalifah. Demokrasi Barat menjurus ke arah kekuasaan mutlak di mana kekuasaannya dijalankan secara bebas tetapi unsur demokrasi Islam lebih tertakluk kepada hukum Tuhan dan menjalankan pemerintahan sesuai dengan perintah dan ajaran Tuhan. Dalam pada itu, demokrasi Barat hanya menekankan kepada pembangunan fizikal sambil mengabaikan pembangunan kerohanian. Berbeza pula dengan demokrasi Islam yang menekankan kedua-dua pembangunan tersebut malah melebihkan pembangunan rohani. Hal ini disebabkan aspek rohanilah yang bakal memimpin kehidupan manusia untuk menjadi insan yang sempurna. Lebih jauh daripada itu, konsep memutuskan sesuatu keputusan demokrasi Barat hanya mengambil keputusan berdasarkan kepada pendapat majoriti iaitu pendapat dua pertiga. Manakala dalam Islam konsep pendapat ramai dan pendapat minoriti telah diguna pakai, asalkan pendapat yang diputuskan itu lebih menjurus kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, saya ingin menyatakan disini bahawa demokrasi yang diamalkan dikebanyakan negara dewasan ini bukanlah demokrasi yang tulen kerana di manakah terletaknya kekuasaan rakyat seperti pembentukan asalnya. Kebanyakan negara pada hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat. Apa yang jelas sekarang, kekuasaan hanya terletak ditangan pemerintah. Pada keseluruhannya, konseo demokrasi yang nampak wujud pada masa ini hanya terletak pada pilihan raya yang di adakan. Dalam keadaan sedemikian rakyat jelata turut terlibat sama untuk menentukan pemerintahan. Ini sahajalah unsur yang tinggal untuk menunjukkan sesebuah negara itu mengamalkan sistem demokrasi.....

1 comment:

  1. Sekadar mengulas dari tajuk ni. Malaysia ni demokrasi Islam ke demokrasi barat??atau pertengahan antara demokrasi kedua2 tersebut. Kelihatan politik yang berlangsung seakan tidak adil antara sebelah pihak.Masuk bab politik ni sampaikan kerajaan pusat masuk campur dalam hal politik dan seakan tidak mahu bekerjasama dengan politik pembangkang. Seharusnya demokrasi berlaku adil antara kedua pihak. So apa pndapat penulis tentang hal ini.??sekadar pertanyaan..Wassalam

    ReplyDelete