Saturday, October 10, 2009

TAHLIL BUKAN BIDAAH


MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil.


Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam. Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu.

Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya. Tambahannya lagi, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.

“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.


Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. “Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah.
“Kesimpulanny
a, kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya....

3 comments:

  1. tahlil merupakan satu pahala ibadat yang mana kita sedekahkannya kepada mereka yang telah meninggal dunia..selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam,baik untuk dilakukan dan mendatangkan pahala ianya boleh dilakukan..

    ReplyDelete
  2. Assalamuaikum...
    "Tahlil adalah Bidaah" sebenarnya berasal dr fahaman wahhabi yang semmgnya kita patut jauhi dan selidiki terlebih dahulu. Benar kata liyana, selagi ia xbertentangan dengan ajaran Islam,ianya boleh dilakukan.Tahlil ini baik kerana kita boleh memberi sedekah org yg telah tiada di dunia ini.

    ReplyDelete
  3. Merkur 9-Piece Flat Travel Chrome Safety Razor
    Merkur 9-Piece Flat Travel Chrome Safety Razor. Description. The Merkur 9-Piece Flat Travel Chrome Safety Razor features a unique razor head  Rating: deccasino 4 · ‎8 reviews

    ReplyDelete