Saturday, October 3, 2009

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM DAKWAH ISLAMIYYAH


Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan teknologi baru yang berkembang dengan begitu pesat dan mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam perubahan tamadun kemanusiaan. Kehadiran teknologi ini bukan sekadar berhubung dengan perubahan yang bersifat teknikal malah ianya merubah tatacara kehidupan harian manusia. Sebenarnya jauh lebih dari itu, ia berupaya mendominasi arah pembangunan masa hadapan.Teknologi ini bukan saja membantu kecekapan dan keberkesanan kita bekerja, bahkan ia telah menjadi sumber yang strategik yang memudahkan perubahan utama dalam melakukan urusan kita seharian Teknologi ini amat terkenal khususnya dalam bidang komunikasi iaitu sebagai alat perhubungan, memproses dan menyampaikan maklumat. Secara personal, ia membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan komunikasi dan urusan kehidupan seharian. Firman Allah Taala:

ادع الي سبيل ربك بالخكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن ان ربك هو اعلم بمن ضل عن سبيله وهو اعلم بالمهيدين


(Surah An Nahl :125)

Maksudnya: “Dakwahlah(Serulah) mereka ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah(berbincanglah) dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat(menyeleweng) dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Umat Islam perlu proaktif dan memanfaatkan kehadiran teknologi untuk mengenengahkan pemikiran dan risalah Islam. Kesediaan dan kemampuan umat Islam untuk berinteraksi secara objektif dan kritikal memungkinkan teknologi ini dapat dimanfaatkan. Penguasaan ilmu teknologi dikalangan ulama’ dan penggerak dakwah perlu dilaksanakan secara bersepadu dan terarah. Ini akan mewujudkan gerakan dakwah yang dinamik yang mampu mengenengahkan Risalah Islam dalam bentuk yang sesuai dengan ketinggian Islam. Ia juga membolehkan Dakwah Islam menembusi sasaran dakwah yang sudah berubah medannya. Ia juga mengupayakan para perancang dan pelaksana dakwah mempastikan bahan yang disampaikan itu sesuai dengan kumpulan sasarannya yang berbagai-bagai dan berbeza, baik dari segi jantina, peringkat umur dan profesyen, mahupun dari segi latar belakang penguasaan ilmu Islam itu sendiri.

Program pengisian dan kesedaran ilmu Islam dikalangan pakar dan pengguna teknologi maklumat dan komunikasi perlulah dijalankan. Ini boleh bertindak sebagai pemangkin gerakan dakwah dalam era dunia dakwah digital dan berteknologi tinggi. Secara kesimpulannya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin..........

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    teknologi sebenarnya satu mekanisme moden utk digunakan dlm menyampaikan dakwah.klu para sekular barat mencipta teknologi untuk menyesatkan manusia,kenapa kita sebagai daie xboleh memulihkan akidah org2 islam yg tersesat dengan teknologi yg dicipta oleh mereka.Maksud saya,kita boleh menggunakan teknologi seperti internet untuk mencipta blog yg berkonsepkan Islam sepenuhnya dan mengupload sebanyak mungkin zikir dengan pantas dan mudah.Oleh itu,fikir-fikirkan lah.wallahualam...

    ReplyDelete