Friday, October 16, 2009

konsep blog saya.....

Konsep blog yang saya ketengahkan di sini adalah “nurr irsyadee” yang membawa maksud “cahaya petunjukku”.Nur atau cahaya itu ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas baik dengan mata kepala (Nazariah) kita atau mata hati (Basariah). Ia adalah perlu untuk kehidupan manusia terutamanya dalam kehidupan yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk daripada Allah s.w.t. Hakikat nur iaitu cahaya (petunjuk atau hidayah) dan lawannya adalah kegelapan. Sebagai seorang hamba Allah amatlah wajar untuk kita sama-sama menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari (menghayati) dan mengamalkan ajaran agama yang diredhaiNya dalam menuju kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Bertepatan dengan kalimah suci Allah s.w.t di dalam kitabNya surah al-Nahl ayat 125 yang mengajak manusia kepada jalan agama Tuhan yang sebenarnya sama ada melalui pendekatan hikmah (bijaksana),mau’izah hasanah(memberi pengajaran yang baik) dan bermujadalah(dialog)dengan baik…kerana untuk memperolehinya bukan mudah bagi seseorang, ianya penuh dengan ujian dan dugaan dariNya. Hanya berbekalkan kesabaran dan keimanan mampu untuk menempuhinya..Semoga apa yang disampaikan dapat kita hayati bersama..Renungilah..."Allah tak bagi apa yang kita mahukan…Tapi..Allah bagi kita apa yang kita perlukan.. "wallahua'lam...

2 comments:

  1. salam...konsep blog yang bagus..membawa makna yang begitu mendalam..lengkap dan sangat menarik..teruskan usaha untuk menghasilkan blog yang lebih baik lg..InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. salam. Semoga dengan kewujudan blog ini akan memberi input yang berguna kepada para pembacanya..insyaallah

    ReplyDelete